Klik Ya!!

Saturday, April 17, 2010

"SI KITOL DAN PENGKHIANAT BANGSA"

Apa juga perkara mengenai pertahanan negara adalah rahsia kerajaan. Rakyat yg sayangkan bangsa dan negaranya tidak akan sanggup melihat maruah negaranya tergadai walaupun dengan wang yang besar jumlahnya.

Apa juga bentuk rahsia sma ada soal kemampuan anggota, senjata, aset, sistem pertahanan, dan strategi ketenteraan tidak boleh bocor walaupun pada sehelai kertas.

Apabila Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi dengan pihak yang mahu menjejaskan sistem negara, ia memberi gambaran ada maklumat yg cuba dibocorkan kepada pihak tertentu oleh pihak tertentu yg pastinya juga mempunyai muslihat tersendiri.

Tindakan itu mungkin dilakukan degan pelbagai cara termasuk mengunakan Dewan Rakyat simbol demokrasi yg kini cuba dipolitikkan untuk kepentingan peribadi. Tindakan membocorkan rahsia pertahanan negara adalah perbuatan yang amat berbahaya kerana ia akan hanya mendedahkan negara ini kepada ancaman daripada pelbagai sudut khasnya pihak yang mempunyai kepentingan strategik terhadap negara. Jika rahsia itu jatuh ketangan musuh, negara ini akan sentiasa berada dalam keadaan tidak selamat.

Kesan kepada kebocoran maklumat pertahanan adalah sangat serius. Oleh itu, adalah tidak salah melabelkan bahawa mereka yang terbabit dalam kegiatan ini sebagai pengkhianat bangsa dan negara.

Sekiranya menyedari berlaku pengkhianat seperti ini, kerajaan terpaksa merombak keseluruhan sistem yang tentunya membabitkan belanja yang besar, khasnya untuk menyediakan sistem dan perkakasan baru.

Keadaan ini bukan sahaja melemahkan sistem pertahanan negara, malah menyebabkan pembaziran. Justeru, pengkhianat atau pembelot negara mesti disiasat dengan terperinci dan dikenakan hukuman berat.

Perbuatan mereka itu, selain merugikan wang rakyat, meletakkan keselamatan negara dalam keadaan yang berisiko tinggi.

Pada kita, apabila percubaan untuk mendapatkan maklumat melalui Dewan Rakyat, yg bukan mudah untuk kepentingan rakyat, ia adalah satu pencerobohan terhadap institusi Parlimen. Pihak berkenaan tidak seharusnya mengheret pegawai kanan tentera dalam kancah yang tidak ada kaitan dengan dunia ketenteraan.

Masaalah politik hendaklah diselesaikan digelanggang politik. Mengheret nama Panglima Angkatan Tentera dalam percaturan politik menunjukan ia adalah tindakan mempermainkan institusi ketenteraan negara.

Jika benar dakwaan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim di Dewan Rakyat mengenai cubaan pihak tertentu mengaitkan Panglima Angkatan Tentera dengan politik, ia adalah suatu tindakan yg sepatutnya dikutuk.

Fungsi institusi ketenteraan adalah untuk menjamin keselamatan negara, bukan berpolitik. Justeru mana-mana pihak yang cuba mengheret atau menghasut anggota keselamatan dalam hal yg tiada kaitan dengan keselamatan perlu dibanteras.

Setiap wakil rakyatnya sewajarnya mempunyai naluri kebertanggungjawaban untuk tidak membangkitkan perkara tertentu khasnya soal rahsia ketenteraan. Status wakil rakyat bukan "leseen" untuk mempolitikkan segala-galanya. Ia menjadi tanggungjawab semua untuk melindungi keselamatan negara.

2 comments:

  1. kita yg lam mindef ni mmg kena betol2 jaga segala rahsia yg ada di mindef...
    kdg2 benda yg dianggap remah boleh menjadi punca segalanya...

    org kedah? unit mana?

    ReplyDelete
  2. btol 2...sgala bnda yg sulit kta kna rhsiakan sbaik mngkin

    ReplyDelete