Klik Ya!!

Sunday, April 25, 2010




Anwar Ibrahim suatu nama yang bukan asing lagi di arena politik di negara ni. Pelbagai ranjau dan onak berduri yang terpaksa dilalui oleh beliau spanjang bergelar ahli politik. Dari zaman pemerintahan Tun Mahathir sampai la sekarang menunjukkan beliau tidak menunjukkan sedikit pun sikap untuk berputus asa untuk menjadi seorang Perdana Menteri.

Bahkan dengan penubuhan Parti KeAdilan Rakyat (rakyat mana yang dapat keadilan?) beliau melangkah jauh untuk terus berjuang dengan cita-cita doktrinnya itu. Kalau kita membaca banyak2 blog ramai yang mengatakan Anwar adalah tali barut kepaada rejim Zionis.




Ini memang tidak dapat dinafikan lagi dengan kemunculan gambar-gambarnya dengan pemimpin2 yang terang2nya adalah dikalangan orang Zionis itu sendiri. Soalannya apakah keistimewaan yang ada pada Anwar sehingga beliau mendapat sanjungan orang2 Zionis ini???


Jawapannya adalah kerana beliau pandai memutarbelitkan fakta yang kadang kala kita lihat setiap ucapannya hanyalah untuk memuaskan hati pihak2 Zionis sahaja. Anwar Ibrahim memang mempunyai kawan yang kalau kita ketahui macam x logik akal macam mana beliau boleh mempunyai hubungan dengan orang seperti itu. Jika dahulu ketika pihak polis hendak menangkap Anwar Ibrahim beliau mendapat suaka politik di kedutaan Turki...Mengapa pihak kedutaan Turki menolong Anwar ketika itu???




Adakah kerana Anwar mempunyai hubungan yang istimewa @ Anwar mempunyai pengaruh yang kuat diperingkat antarabangsa??? Saya melihat disini bahawa Anwar hanyalah sebagai boneka rejim ZIONIS dan beliau diberikan aset yang berjuta2 ringgit untuk melaksanakan cita2nya yang menghalalkan apa jua cara. Kenapa tidak ada orang yang boleh menunjukkan berapa aset atau saham yang Anwar miliki?? Jawapannya kerana semua aset2 ini dan maklumat2nya dilindungi dengan rapi oleh rejim Zionis




Bak kata moyang Ariel Sharon, "sepandai-pandai Anwar melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Dek kerana pengaruh dan keistimewaan yang terdapat pada Anwar ini, Mahathir telah dapat menghidu dengan lebih awal lagi segala kegiatan konservatif Anwar tersebut. Anwar sangatlah berbahaya kepada penduduk Malaysia dan seluruh nusantara. Hubungan baiknya dengan pihak rejim Zionis telah menyebabkan beliau mendapat penghargaan red carpet ketika beliau melawat Amerika yang ketika itu juga beliau adalah timbalan perdana menteri. Yang hairannya ketika Mahathir yang juga Perdana Menteri Malaysia ketika itu tidak pula mendapat penghargaan red carpet daripada Amerika???? tepuk meja tanya la anney kt kedai mamak....

Bak kata moyang Bush pula, "sepandai-pandai orang itu menyembunyikan kentutnya, akhirnya dapat juga dihidu baunya oleh orang lain". Dan dengan kebijaksaan Mahathir ketika itu yang dapat menghidu kegiatan konservatif Anwar maka Anwar Ibrahim dilucutkan semua jawatannya daripada kerajaan dan ketika itulah muncul satu persatu kawan baik Anwar diperingkat antarabangsa yang mengutuk sekeras2nya tindakan Mahathir. Tetapi kita mengetahui yang Mahathir bukanlah orang yang begitu mudah tunduk kepada tekanan tersebut. Mereka juga sedar yang Mahathir ketika itu mempunyai pengaruh yang kuat dan terkenal dengan kebijaksaannya kerana berjaya membawa keluar Malaysia dari belenggu kemelesetan ekonomi. Dan kerana tindakan Mahathir tersebut maka wujudlah gejala reformasi yang dibawa dari Barat untuk rasa ketidakpuasan hati penyokong2 Anwar. Siapa dalang di sebalik reformasi tersebut??? Hanya Anwar yang mengetahui..Dan kita juga boleh lihat betapa rendahnya mentaliti penyokong2 Anwar ketika itu kerana melakukan reformasi tersebut. Apa yang penyokong2Anwar dapat ketika itu??wang???berlian??emas??kepuasan???kenyang???taat??membabi buta?? Jawapannya ialah mereka hanya dapat habuk, penat, buang masa, dan dikenakan tahanan ISA.

Dan sekarang kita boleh lihat disini dimana ramai panglima panglima KeAdilan menyerah kalah sebelum pergi bertempur dengan meletakkan jawatan mereka. Adakah mereka tidak lagi mempercayai kewibawaan Jeneral Anawar mereka??? Atau adakah mereka tidak tahu lagi apa matlamat perjuangan yang menghalalkan apa jua cara pun???Atau kerana mereka tidak berpeluang mengikuti PLKN maka mereka tidak mempunyai semangat yang jitu untuk berjuang???

Sejarah membuktikan yang orang yang hebat berpidato tidak semestinya juga hebat dalam hal pentadbiran. Contohnya seperti Presiden Sukarno yang umum mengetahui beliau adalah seorang tokoh pemidato yang hebat dizaman beliau. Ucapannya begitu ditunggu-tunggu oleh setiap rakyatnya ketika itu. Tetapi sayangnya kalau hanya tahu berpidato tetapi kalau tidak tahu hendak mentadbir pun tidak ada gunanya. Gejala rasuah berleluasa ketika pemerintahannya dan urusan pentadbiran kerajaan ketika itu tidak berjalan dengan sempurna. Malaysia juga tidak kurang hebatnya dimana munculnya Anwar Ibrahim di Malaysia. Kita juga mengetahui yang Anwar memang hebat berpidato. Setiap ceramah yang diberikan oleh Anwar memang tersangat ramai orang la hadir. Tapi sayang beribu kali sayang....


Kita sedia maklum dimana negeri @ kawasan yang dikuasai oleh KeAdilan tidak mempunyai sebarang perubahan pun. Apa yang strategi Keadilan guna pakai untuk membangunkan rakyat dikawasan yang diwakilinya?? Jawapannya ketika hendak pilihan raya barulah pemimpin ini akan turun untuk menemui rakyat2nya dan belanja mereka diwarung2 kopi. Dan mereka akan berkempen setiap hari untuk meraih sokongan...Tetapi harus diingat bukan semua rakyat yang boleh mereka perbodohkan. Rakyat sekarang sudah tahu yang berlian yang mana arang...Adakah Anwar akan meneruskan taktik ini setiap kali pilihanraya???tepuk Anwar tanya Lim Kit Siang......Bolehkah sekarang kita mencari persamaan diantara Sukarno dan Anwar sekarang???tepuk Teressa Kok tanya Lim Guan Eng......

No comments:

Post a Comment