Klik Ya!!

Friday, April 2, 2010

israel oh israel

Imam Mahdi adalah keturunan Nabi Muhammad S.AW dan orang yg ditunggu2 oleh rakyat Palestin untuk membebaskan negara tersebut daripada cengkaman Zionis Israel yang kejam. Kedatangan beliau sangat dinantikan untuk memimpin Panji Hitam memusnahkan Zionis Israel. Persoalannya disini adakah semua orang Israel itu kejam?????? Jawapannya tidak. Hanya zionis Israel sahaja yang kejam yang sanggup untuk membunuh beribu2 rakyat Palestin hanya kerana mendengar arahan daripada pemimpin mereka yang mempunyai pemikiran yang kita boleh kategorikan sebagai Adolf Hitler zaman moden. Berbalik kepada Imam Mahdi, banyak fatwa atau perbincangan yang membincangkan siapakah Imam Mahdi yang sebenar??Adakah Imam Mahdi telah lahir atau wujud pada zaman sekarang??? Jika kita lihat pada zaman sekarang maka kita boleh katakan yang zaman sekarang adalah akhir zaman. Sudah banyak tanda2 akhir zaman yang kecil telah keluar seperti maksiat yang berleluasa, buang anak, gay, lesbian, tomboy, mak nyah, dan masyarakat berlumba2 untuk mencari kesenangan didunia, tsunami, taufan, gempa Bumi. Ini menunjukkan Bumi ini semakin tua dan pada bila2 masa saja akan shutdown. Manusia yang mengaku dirinya ialah Islam telah lalai walaupun seperti sembahyang lima waktu pun sudah tidak boleh dilaksanakan lagi. Kita lihat macam mana Zionis berjaya meracuni pemikiran anak2 muda kita dengan hiburan yang berlebihan dan budaya Barat yang kita katakan di Malaysia sekarang adalah satu kebiasaan. Saya ingin meyentuh disini sedikit mengenai filem Hollywood. Umum mengetahui yang Hollywood adalah satu industi yang berbilion2 ringgit dan ramai pelakon mahu mencuba nasib disana. Jika kita menonton atau mengkaji filem Hollywood kita akan dapat mengenal pasti satu persamaan yang adalah dalam setiap filem Hollywood.Adegan ranjang………..??? Walau dalam setiap apa genre filem sekalipun adegan ini pasti akan dipertontonkan kepada penonton. Kita boleh lihat disini bagaimana Zionis mengunakan taktik halus yang kita lihat ini adalah satu kebiasaan dalam kehidupan dibarat tetapi tidak kita disini yang masih ada nilai ketimuran. Bayangkan kesan kepada anak2 kita yang masih dibawah umur.Sebab itulah sekarang kita boleh nampak anak2 muda kita sekarang sudah berjaya dipengaruhi oleh taktik halus ini. Sebenarnya jika kita hendak mengkaji taktik zionis terhadap umat Islam, sudah banyak taktik yang dilakukan dan mereka telah berjaya. Tetapi persoalannya sampai bila???Saya tertarik disini dengan Negara Iran yang sekarang mampu untuk mencipta seperti kapal selam buatan sendiri. Tidakkah kita bangga dengan keupayaan tersebut??Saya juga kagum dengan pemimpinnya seperti Ahmednijad yang tidak henti2 mengeluarkan amaran kepada Israel dan sekutunya Amerika. Ucapan beliau dipersidangan antarabangsa seringkali menghiris @ menguris Israel dan Amerika. Kenapa sampai sekarang Amerika tidak menyerang Iran???Jawapannya kerana mereka menyedari kekuatan Iran sendiri walaupun Amerika dan sekutunya Israel selalu mengatakn mereka boleh menghancurkan Iran dalam sekelip mata. Iran sering kali mengulang pendiriannya bahawa mereka tidak mencari musuh tetapi jika musuh yang menghulurkan jambatan peperangan maka Iran akan sama2 menyeberanginya untuk mempertahankan kedaulatannya. Krisis ekonomi yang melanda Amerika telah mengusutkan lagi fikiran para pemimpin untuk memulihkannya. Jika keputusan Amerika untuk menyerang Iran dalam waktu itu, maka hancurlah Amerika kerana kos untuk peperangan sangat tinggi. Pada pandangan saya, jika Amerika menyerang Iran maka kita akan menyaksikan satu lagi peperangan secara besar-besaran dalam sejarah yang kita amat bimbang,PERANG DUNIA KETIGA. Amerika tidak akan menyerang Iran dengan sendiri tetapi dengan sekutunya seperti Israel atau Britain. Kenapa Iran sangat dicemburui oleh negara2 jirannya??Mungkin kita boleh lihat asal usul orang Iran ,sendiri. Orang Iran adalah berbangsa Parsi yang pada beribu zaman dahulu menyembah api sebelum kedatangan Islam. Tetapi setelah kedatangan Islam Iran berjaya menjadi sebuah Negara yang yang boleh dikategorikan sebagai Negara Islam yang menpunyai pendirian setelah Revolusi Islam di Iran. Bayangkan jika tiada Revolusi Islam di Iran,maka sampai sekarang Iran akan berada dibawah cengkaman Amerika. Kenapa negara-negara Arab hanya melihat isu Palestin sampai sekarang hanya sebagai isu kecil???? Seperti yang kita sedia maklum banyak negara2 Arab yang tunduk kepada cengkaman Amerika. Tiada pendirian yang tetap pasal isu Palestin. Jika semua negara Arab bersatu maka tidak akn timbul isu Palestin tidak mendapat pembelaan. Tetapi jika masaalah dalam negara pun tidak dapat diselesaikan macam mana nak menyelesaikan masaalah negara lain. Isu mazhab di Iraq sangat membimbangkan diantara Syiah dan Sunni. Kenapa kedua2 puak ini selalu bergaduh???Adakah kerana dendam??Siapakah yang selalu melaga2kan kedua2 puak ini???Jawapannya ejen2 Zionis.Mereka inilah yang bertanggungjawab meyebarkan segala propaganda supaya kedua2 puak ini selalu betelagah. Kita boleh lihat dalang2 yg selalu melakukan pengeboman tetapi bagi saya mereka telah dimanipulasi oleh Amerika dan sekutunya Zionis Israel supaya sentiasa tidak bersatu. Sampai bila kedua2 puak ini akan sering bertikam lidah???bergaduh??berperang???mengebom antara satu sama lain???jawapannya hanya berada ditangan pemimpin kedua2 belah puak tersebut……………

No comments:

Post a Comment