Klik Ya!!

Thursday, April 15, 2010

7 WASIAT RAJA-RAJA MELYU




Wasiat Raja-raja Melayu dan Pemimpin pemimpin yang diperbuat semasa merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957:
"Kami wasiatkan kepada
zuriat keturunan kami
7 perkara yang mana
jika kamu bersatu padu
dan berpegang teguh
kepadanya selama itulah
kamu akan aman damai
dan selamat sejahtera"
PERTAMA: Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU(sekarang Malaysia)
KEDUA : Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
KETIGA: Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
KEEMPAT : Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan
RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.
KELIMA: Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan
KEENAM: Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU
KETUJUH: Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN(kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah n Sarawak)

No comments:

Post a Comment