Klik Ya!!

Friday, April 16, 2010

7 WASIAT YANG DITERJEMAHKAN DLM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN















MALAYSIA-Perkara 1 (Nama, Negeri-negeri dan Wilayah-wilayah Persekutuan)

Persekutuan dinamai Malaysia pada 16 September 1963. Negerinya-negerinya terdiri daripada Johor,Kedah,Kelantan,Melaka,Negeri Sembilan,Pahang, Perak,Perlis,Pulau Pinang,Sabah,Sarawak,Selangor n Terengganu


TANAH SIMPANAN MELAYU-Perkara 89 (Tanah Rizab Orang Melayu)

Mana2 tanah disesuatu negeri yang menjadi tanah rizab orang Melayu sebelum hari merdeka mengikut undang-undang yang ada, maka tanah itu boleh terus menerus menjadi tanah rizab orang Melayu mengikut undang-undang itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Badan Perundangan Negeri dengan suatu Enakmen.

REJIMEN ASKAR MELAYU- Seksyen 16 (1) Akta Angkatan Bersenjata 1972

Seksyen tersebut menyatakan: "Mana-mana orang boleh diambil masuk kedalam angkatan tetap dengan syarat bahawa hanya orang Melayu boleh diambil masuk kedalam Askar Melayu Diraja".
Askar Melayu Diraja diilhamkan pada tahun 1902 dan ditubuhkan pada tahun 1932 dibawah Malay Regiment Ordinance. Pasukan pertama Askar Melayu Diraja terdiri daripada 23 orang dan meningkat kepada 2 batalion pada tahun 1941. Askar Melayu Diraja pernah berperang dengan tentera Jepun di Pengkalan Chepa, Kelantan dan di Singapura dalam Perang Dunia Kedua.
Angkatan Tentera Malaysia terdiri daripada tiga perkhidmatan iaitu udara, darat dan laut yang semuanya terbuka kepada semua kaum. Askar Melayu Diraja hanya satu komponen dalam pelbagai bidang ketenteraan dan berperanan mempertahankan negara dari ancaman dan pencerobohan dari luar negara tetapi tidak terlibat dalam ketenteraan awam dan keselamatan dalam negara.

RAJA-RAJA MELAYU - Perkara 32 (Kepala Utama Negara Bagi Persekutuan Dan Permaisurinya)
Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelar Yang di-Pertua Agong yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan. Raja Permaisuri Agong mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-raja selama tempoh jawatan lima tahun.
ISLAM- Perkara 3 (Agama Bagi Persekutuan)
Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai dimana-mana bahagian Persekutuan. Raja/Sultan disetiap negeri ialah Ketua Agama Islam dan bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja/Sultan, Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam negeri itu termasuklah Wialyah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

BAHASA MELAYU- Perkara 152 (Bahasa Kebangsaan)
Perlembagaan Persekutuan memperuntukan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah Bahasa Melayu. Kedududkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagaimanapun tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari, dan dikembangkan sekalipun dengan mengunakan dana awam. Pindaan kepada Perkara ini tidak boleh diluluskan dengan tiada perkenan Majlis Raja-Raja.
KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN- Perkara 153 (Perizaban Kuota Mengenai Perkhidmatan, Permit Dan Sebagainya Untuk Orang Melayu)
Perlembagaan Persekutuan memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong memelihara kedududukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra mana-mana negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain. Perlembagaan Persekutuan memperuntukan rizab kuota orang Melayu dan bumiputra dalam perkhidmatan awam, kemudahan pelajaran, permit dan lesen perniagaan


















No comments:

Post a Comment